Minggu, 02 Agustus 2009

hukum tipu sunat dan bnyak lagi..

(1) Apakah ada tipu sunat dalam Islam?
Maka jawabnya tipu sunat memang ada dalam Islam.
Perkara ini pernah ditanya oleh seseorang kepada seorang pakar motivasi di Malaysia dan dia menjawab “tipu sunat tidak ada dalam Islam tetapi muslihat adalah”
maka jawapannya salah, tipu sunat ada dalam Islam.
Pakar motivasi itu bukanlah dari aliran agama, bidangnya pakar kaunseling atau pakar motivasi jadi masalah-masalah agama tanyalah pada alim ulama’.
Telah diakui oleh ulama’-ulama’ yang adanya tipu sunat, bukannya bermaksud sunat menipu tetapi menipu itu boleh pahala dan kadang-kadang tidak menipu itu berdosa.
Tipu atau bohong ini bermaksud memberitahu perkara lain yang tidak sama dengan perkara yang berlaku.
Yang bermaksud tipu sunat ini contohnya menipu untuk mendatangkan rasa gembira pada orang yang sedang bersedih, mendamaikan orang yang sedang bergaduh dan seumpamanya.
Menipu untuk mendamaikan mereka yang bergaduh atau seumpamanya tidak dikira menipu walaupun pada hakikatnya dia menipu.
Menipu yang jelas haram contohnya menipu sehingga menjatuhkan maruah orang, menyebarkan fitnah, dan seumpamanya.
(2)Sekarang ramai muslimah-muslimah yg memakai sarung lengan untuk menutup lengan-lengan mereka, adakah sudah dikira menutup aurat?
Maka jawabnya diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.
Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.
Ini adalah kerana bentuk aurat iaitu bentuk legannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira-kira tidak kelihatan bentuk lengannya.
Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.
(3)Adakah menguap merupakan gangguan syaitan?
Maka jawabnya adakalanya menguap itu adalah gangguan syaitan kerana syaitan itu meniup ke telinga anak Adam ketika mereka mendengar perkara-perkara agama.
Contohnya ketika bacaan khutbah sebelum solat jumaat, ramai yang tidur atau seumpamanya tetapi selepas tamat solat jumaat dan khutbah maka hilanglah rasa mengantuk itu.
Dan adakalanya menguap itu disebabkan betul-betul mengantuk atau keletihan kerana tidak tidur beberapa hari atau seumpamanya.
Begitu juga dengan pergerakan lain dalam solat, syaitan membisikkan ke telinga kita untuk menggaru-garu atau seumpamanya walaupun tidak berasa gatal supaya kita tidak lagi menghiraukan bacaan-bacaan dalam solat.
(4)Hukum memejam atau menutup mata ketika solat
Maka jawabnya asalnya membuka mata sunat di dalam solat dan makruh memejam mata dan inilah pendapat yang kuat dikalangan ulama’.
Tetapi jika membuka mata ketika solat menyebabkan kita lalai dengan melihat gambar di sejadah atau sebagainya sehingga menganggu kekusyukan dalam solat dan jika apabila kita memejam atau menutup mata menyebabkan kita kusyuk dalam solat maka ulama’ kata sunat menutup atau memejam mata di dalam solat kerana pahala kusyuk lebih besar daripada pahala menutup atau memejam mata.
*apa yg ana sebarkan kemungkinan betul dan kemungkinan salah, rujuk pada alim ulama’ di sana untuk kepastian..
Jika ada yang tidak faham walau 1 huruf sekalipun bagitahulah..
Wallahu’alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar